Sabtu, 24 Oktober 2015 | 5:23pm

Zahid saksi sesi kelayakan GP Motosikal Malaysia

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah), bersama 2 pelumba Moto2 Petronas, Hafizh Syahrin (tiga dari kiri) dan Ramdan Rosli( empat dari kanan) bersama krew pasukan serta Pegawai Litar Antarbangsa Sepang ketika beliau melawat paddock garaj Petronas sempena pelumbaan Motorsikal Grand Prix Shell Malaysia 2015 di Litar Antarabangsa Sepang.- Foto Osman Adnan

SEPANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa menyaksikan sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi SIC, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Ketua Pegawai Operasi SIC, Datuk Razlan Razali.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Zahid meluangkan masa kira-kira dua jam menyaksikan sesi kelayakan itu serta bertemu pelumba-pelumba Malaysia -- Zulfahmi Khairuddin, Hafizh Syahrin Abdullah, Ramdan Rosli dan Azlan Syah Kamaruzaman -- di kawasan Paddock Litar Sepang.

- BERNAMA

Berita Harian X