Rabu, 21 Oktober 2015 | 11:51am

Arsenal kejutkan Bayern, Barcelona pula terus selesa

PENYERANG Zenit St Petersburg, Hulk (kiri) bersaing dengan pertahanan Lyon, Christophe Jallet pada aksi saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - Foto AFP
PENYERANG Zenit St Petersburg, Hulk (kiri) bersaing dengan pertahanan Lyon, Christophe Jallet pada aksi saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - Foto AFP

PARIS: Zenit St Petersburg mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menumbangkan Lyon, manakala Barcelona terus meninggalkan jauh pesaingnya apabila mudah menjinakkan wakil Belarus.

Arsenal pula menghidupkan semula peluangnya untuk mara ke peringkat seterusnya selepas membenam Bayern Munich manakala pesta gol di Leverkusen tatkala tuan rumah menyambut AS Roma.

Itu adalah antara keputusan menarik yang dicatatkan dalam aksi ketiga saingan Liga Juara-Juara musima 2015/2016 bagi Kumpulan E, F, G dan H, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Dalam saingan Kumpulan E, Barcelona tiada masalah untuk menjarakkan diri di persada selepas dua jaringan Ivan Rakiti memastikan mereka mengutip mata penuh ke atas pasukan BATE di Barysaw, Belarus.

Dalam satu lagi aksi, Bayer Leverkusen dan AS Roma berkongsi mata selepas terikat 4-4. Ini adalah keputusan seri terbesar dalam sejarah saingan Liga Juara-Juara.

Javier Hernández meletakkan Leverkusen 2-0 di depan dalam tempoh 19 minit pertama sebelum dua ledakan Daniele De Rossi menyamakan kedudukan ketika aksi menuju rehat.

Pelawat seakan-akan akan mengutip mata penuh, selepas Miralem Pjanićdan Iago Falqué menjaringkan dua gol pendahuluan, sebelum Kevin Kampl dan Admir Mehmedi menyamakan kedudukan pada penghujung saingan.

PEMAIN tengah Arsenal, Aaron Ramsey (kanan) bersaing dengan pemain Bayern Munich, Arturo Vidal pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London, awal pagi ini. Arsenal menewaskan Bayern Munich 2-0. - Foto AFP
PEMAIN tengah Arsenal, Aaron Ramsey (kanan) bersaing dengan pemain Bayern Munich, Arturo Vidal pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London, awal pagi ini. Arsenal menewaskan Bayern Munich 2-0. - Foto AFP

Dalam saingan Kumpulan F pula, Arsenal mengejutkan Bayern Munich, 2-0 di Emirates untuk sekali gus menghidupkan peluang untuk mara ke saingan seterusnya.

Jaringan kemenangan tuan tumah dihasilkan menerusi pemain gantian, Olivier Giroud and Mesut Özil dalam tempoh 14 minit terakhir saingan.

Satu lagi aksi kumpulan sama menyaksikan Dinamo Zagreb tumpas 0-1 kepada Olympiacos untuk menghimpun enam mata bersama Bayern, manakala Dynamo dan Arsenal berpuas hati dengan tiga mata.

Bagi Kumpulan G pula, Porto tiada masalah untuk membenam 2-0 Maccabi Tel-Aviv di laman sendiri menerusi Vincent Aboubakar dan Yacine Brahimi di separuh masa pertama.

Dalam satu lagi saingan kumpulan sama, Dynamo Kyiv mengikat Chelsea, 0-0 untuk berkongsi satu mata.

Dan bagi Kumpulan G pula, Zenit tiada masalah untuk membenam Lyon, 3-1 di laman sendiri dan sekali gus kemenangan ketiga setakat ini. Valencia juga mengutip mata penuh, selepas menundukkan Gent, 2-1. - AGENSI

PEMAIN Barcelona, Sergio Busquets (kiri) terjatuh di depan pemain BATE Borisov, Vitali Gaiduchik ketika saingan Kumpulan E, Liga Juara-Juara di Stadium Borisov Arena, Belarus, awal pagi ini. Barcelona menang 2-0. - Foto Reuters
PEMAIN Barcelona, Sergio Busquets (kiri) terjatuh di depan pemain BATE Borisov, Vitali Gaiduchik ketika saingan Kumpulan E, Liga Juara-Juara di Stadium Borisov Arena, Belarus, awal pagi ini. Barcelona menang 2-0. - Foto Reuters

Berikut adalah keputusan penuh:

KUMPULAN E

Di Barysaw, Belarus - BATE (BLR) 0 Barcelona (ESP) 2 (Rakitic 48, 64)

Di Leverkusen, Jerman - Bayer Leverkusen (GER) 4 (Hernandez 4-pen, 19, Kampl 84, Mehmedi 86) Roma (ITA) 4 (De Rossi 29, 38, Pjanic 54, Falque 73)

KUMPULAN F

Di London Arsenal (ENG) 2 (Giroud 77, Ozil 90+4) Bayern Munich (GER) 0

Di Zagreb - Dinamo Zagreb (CRO) 0 Olympiakos (GRE) 1 (Ideye 79)

KUMPULAN G

Di Porto, Portugal - Porto (POR) 2 (Aboubakar 37, Brahimi 41) Maccabi Tel Aviv (ISR) 0

Di Kiev - Dynamo Kiev (UKR) 0 Chelsea (ENG) 0

KUMPULAN H

Di St Petersburg, Russia - Zenit St Petersburg (RUS) 3 (Dzyuba 3, Hulk 56, Danny 83) Lyon (FRA) 1 (Lacazette 49)

Di Valencia, Sepanyol - Valencia (ESP) 2 (L Nielsen 15-og, S Mitrovic 72-og) Gent (BEL) 1 (Foket 40)

- AFP

Berita Harian X