Selasa, 29 September 2015 | 9:59am

Safee antara disenarai Harimau Malaya latihan pusat

PEMAIN JDT, Mohd Safee Sali. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PEMAIN JDT, Mohd Safee Sali. - Foto Mohd Azren Jamaludin

KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan kiri Terengganu, Muhammad Zubir Mohd Azmi yang sebelum ini diketepikan akibat kecederaan adalah antara 23 pemain dipanggil Datuk Ong Kim Swee untuk sesi latihan pusat pasukan kebangsaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya memaklumkan selain Muhammad Zubir, Kim Swee kembali menyenaraikan tujuh pemain yang diketepikan sebelum ini untuk sesi latihan berkenaan bagi menghadapi Laos dalam aksi pemanas badan di Stadium Thai Army, Bangkok, Thailand pada 8 Oktober ini.

Mereka ialah Izham Tarmizi Roslan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safee Sali (semuanya pemain Johor Darul Ta'zim - JDT); Shahrul Saad dan Christie Jayaseelan (FELDA United); Mohd Hafiz Kamal (Pahang) dan pemain tengah Terengganu, Ismail Faruqi Ashari.

Kim Swee turut menyenaraikan 10 pemain dalam skuad simpanan bagi menggantikan pemain-pemain dipanggil yang disahkan oleh doktor pasukan mengalami kecederaan.

Pemain berkenaan ialah Ahmad Fakri Saarani (Kelantan); Mohd Nurridzuan Abu Hassan Saari (Perak); Joseph Kalang Tie dan Ronny Harun (Sarawak); Farhan Abu Bakar dan Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda B); Fazly Mazlan, S Chanthuru, Gary Steven Robbat (JDT) dan pemain Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

FAM memaklumkan semua 23 pemain berkenaan perlu melapor diri kepada Kim Swee pada Ahad ini (4 Oktober) kecuali pemain pasukan Perak dan JDT pada Isnin (5 Oktober).

Perak akan melayan kunjungan JDT pada aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh pada 3 Oktober

Mengulas mengenai pemilihan pemain, Kim Swee berkata beliau terpaksa membuat pertukaran pemain selepas dua pemain pertahanan utama iaitu kapten Pahang, Mohd Razman Roslan dan pemain JDT, Junior Eldstal mengalami kecederaan.

Beliau mengakui bukan mudah menamakan 23 pemain, namun percaya pemilihan mereka terutamanya beberapa pemain baharu akan menguatkan pasukan di posisi tertentu bagi menghadapi Timor Leste pada aksi kelima Kumpulan A Pusingan

Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Perbandaran Dili pada 13 Oktober ini.

"Keputusan perlawanan berdepan Laos tetap juga perlu diambil serius kerana ia perlawanan persahabatan A yang melibatkan ranking.

"Tapi apa lebih penting ialah saya mahu melihat keserasian serta persefahaman antara pemain mengenai taktikal yang akan cuba diterapkan," kata Kim Swee seperti dipetik dalam laman sesawang FAM; www.fam.org.my.

SENARAI PELATIH

Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (Pahang),

Azammuddin Mohd Akil (Pahang)

Matthew Davies (Pahang)

Mohd Hafiz Kamal (Pahang)

Izham Tarmizi Roslan (JDT)

S Kunalan (JDT)

Safiq Rahim (JDT),

Mohd Amri Yahyah (JDT),

Mohd Fadhli Shas (JDT),

Aidil Zafuan Abdul Radzak (JDT),

Safee Sali (JDT)

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan),

Amiridzwan Taj Tajudin (Kelantan),

Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan);

Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu),

Ismail Faruqi Ashari (Terengganu).

Shahrul Saad (FELDA United)

Christie Jayaseelan (FELDA United);

Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda B)

Adam Nor Azlin (Harimau Muda B);

Ahmad Hazwan Bakri (Selangor);

Mohamad Nasir Basharuddin (Perak),

Baddrol Bakhtiar (Kedah).

-- BERNAMA

Berita Harian X