Rabu, 16 September 2015 | 8:24pm
PEMAIN Barcelona, (dari kiri) Javier Mascherano, Luis Suarez and Lionel Messi menalani latihan di Itali. - Foto EPA
PEMAIN Barcelona, (dari kiri) Javier Mascherano, Luis Suarez and Lionel Messi menalani latihan di Itali. - Foto EPA

Liga Juara-Juara: Giliran Barcelona, Bayern, Chelsea berentap pagi esok

PARIS: Kelab gergasi, Barcelona bersama Bayern Munich dan Chelsea bakal mengambil giliran awal pagi esok waktu Malaysia untuk memulakan kempen saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Barca selaku juara La Liga berkunjung ke Rom untuk bertemu dengan AS Roma dalam saingan Kumpulan E, manakala Bayern, penyandang juara Bundesliga bertandang ke Olympiakos bagi saingan Kumpulan F.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea pula menyambut kunjungan kelab dari Israel, Maccabi bagi aksi Kumpulan G.

Semua aksi bakal bermula jam 2.45 pagi

Berikut adalah jadual penuh aksi pembukaan bagi Kumpulan E, F, G dan H awal pagi esok:

KUMPULAN E

ROMA mln BARCELONA di Stadium Olimpico, jam 2.45 pagi

BAYER LEVERKUSEN mln BATE di Bay Arena, jam 2.45 pagi

KUMPULAN F

DINAMO ZAGREB mln ARSENAL di Stadium Maksimir, jam 2.45 pagi

OLYMPIAKOS mln BAYERN MUNICH di Stadium Karaiskaki, jam 2.45 pagi

KUMPULAN G

CHELSEA mln MACCABI di Stadium Stamford Bridge, jam 2.45 pagi

DYNAMO KIEV mln PORTO, di Stadium Kiev Olympic, jam 2.45 pagi

KUMPULAN H

GENT mln LYON di Stadium Ghelamco, jam 2.45 pagi

VALENCIA mln ZENIT ST PETERSBURG di Estadio Mestalla, jam 2.45 pagi

- AGENSI

Berita Harian X