Rabu, 19 Ogos 2015 | 1:23pm

Tenis: Federer mara, Bencic buat pula kejutan di Masters Cincinnati

ROGER Federer membalas pukulan Pablo Cuevas dari Uruguay pada perlawanan pembukaan saingan ATP Masters Cincinnati, hari ini. - Foto EPA
ROGER Federer membalas pukulan Pablo Cuevas dari Uruguay pada perlawanan pembukaan saingan ATP Masters Cincinnati, hari ini. - Foto EPA

CINCINNATI: Roger Federer mudah melepasi halangan pertama, manakala pemain pilihan Maria Sharapova dan Venus Williams pula menarik diri akibat cedera pada saingan Masters Cincinnati ATP dan WTA di sini, hari ini waktu Amerika Syarikat.

Federer yang kembali beraksi sejak tewas kepada Novak Djokovic pada final Wimbledon, kira-kira sebulan lalu, menundukkan pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut 6-4, 6-4.

Sharapova pula yang turut kembali selepas berehat dari saingan Wimbledon tidak beraksi di sini, kerana masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan pada kaki. Sebelum ini dia turut terlepas aksi di Toronto.

Williams pula menarik diri akibat tidak sihat ketika sedang dalam pertarungan menentang pemain Serbia, Ana Ivanovic.

Sementara itu, pemain remaja Switzerland, Belinda Bencic terus mencipta kejutan pada kejohanan ini apabila menewaskan bintang Jerman dan pilihan ke-11, Angelique Kerber, 7-5 6-3 pada pusingan pertama untuk meneruskan kemaraan.

Minggu lalu, dia menumbangkan pemain nombor satu dunia, Serena Williams pada saingan separuh separuh akhir Piala Rogers, sebelum merangkul kejuaraan pada final. - AFP

PEMAIN remaja, Belinda Bencic dari Switzerland membalas pukulan Angelique Kerber (gambar kecil) dari Jerman pada pusingan pertama Terbuka Western & Southern di Ohio, Amerika Syarikat. Bencic menang 7-5, 6-3. - Foto EPA
PEMAIN remaja, Belinda Bencic dari Switzerland membalas pukulan Angelique Kerber (gambar kecil) dari Jerman pada pusingan pertama Terbuka Western & Southern di Ohio, Amerika Syarikat. Bencic menang 7-5, 6-3. - Foto EPA

KEPUTUSAN PENUH

LELAKI - pusingan kedua

Roger Federer (2), Switzerland, mn Roberto Bautista Agut, Sepanyol, 6-4, 6-4.

Tomas Berdych (6), Czech Republic, mn Thomaz Bellucci, Brazil, 6-2, 6-3.

Marin Cilic (7), Croatia, mn Joao Sousa, Portugal, 6-4, 6-2.

Grigor Dimitrov (16), Bulgaria, mn Vasek Pospisil, Kanada, 7-6 (4), 7-6 (6).

Alexandr Dolgopolov, Ukraine, mn Bernard Tomic, Australia, 6-4, 6-1.

Ivo Karlovic, Croatia, mn Martin Klizan, Slovakia, 6-3, 7-6 (2).

LELAKI - pusingan pertama

Feliciano Lopez, Sepanyol, mn Milos Raonic (9), Kanada, 7-6 (4), 6-4.

Sam Querrey, Amerika Syarikat (AS) mn John Isner (11), AS 6-3, 7-6 (3).

Richard Gasquet (12), Perancis, mn Nick Kyrgios, Australia, 6-2, 6-1.

Kevin Anderson (15), South Africa, mn Leonardo Mayer, Argentina, 7-6 (5), 3-6, 6-1.

Borna Coric, Croatia, mn Alexander Zverev, Jerman, 7-5, 3-6, 7-6 (6).

Jared Donaldson, AS mn Nicolas Mahut, Perancis, 7-5, 6-7 (2), 6-2.

Jeremy Chardy, Perancis, mn Rajeev Ram, AS 6-4, 6-2.

Tommy Robredo, Sepanyol, mn Pablo Andujar, Sepanyol, 3-6, 6-3, 6-1.

Fernando Verdasco, Sepanyol, mn Jo-Wilfried Tsonga, Perancis, 4-6, 6-3, 6-4.

WANITA - pusingan kedua

Ana Ivanovic (6), Serbia, mn Venus Williams, AS, tarik diri.

WANITA - pusingan kedua

Sloane Stephens, AS, mn Carla Suarez Navarro (10), Spain, 6-1, 6-2.

Belinda Bencic, Switzerland, mn Angelique Kerber (11), Jerman, 7-5, 6-3.

Anna Karolina Schmiedlova, Slovakia, mn Agnieszka Radwanska (13), Poland, 4-6, 6-3,

6-1.

Daria Gavrilova, Russia, mn Sara Errani (16), Itali, 6-1, 4-6, 6-2.

Camila Giorgi, Itali, mn Christina McHale, AS, 5-7, 6-3, 6-2.

Victoria Azarenka, Belarus, mn Lauren Davis, AS, 6-1, 6-2.

Mona Barthel, Jerman, mn Casey Dellacqua, Australia, 2-6, 6-3, 7-6 (4).

Eugenie Bouchard, Canada, mn Kateryna Bondarenko, Ukraine, 7-6 (2), 7-6 (5).

Kristina Mladenovic, France, mn Daniela Hantuchova, Slovakia, 6-2, 6-1.

Flavia Pennetta, Italy, mn Dominika Cibulkova, Slovakia, 7-5, 6-2.

Anastasia Pavlyuchenkova, Russia, mn Roberta Vinci, Itali, 6-3, 0-6, 6-2.

Caroline Garcia, Perancis, mn Sabine Lisicki, Jerman, 3-6, 6-3, 6-4.

- AP

Berita Harian X