Selasa, 18 Ogos 2015 | 9:07am
PEMAIN Liverpool, Roberto Firmino (kanan) mengawal bola dari pemain Bournemouth, Simon Francis pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
PEMAIN Liverpool, Roberto Firmino (kanan) mengawal bola dari pemain Bournemouth, Simon Francis pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Benteke ledak gol tunggal Liverpool tewaskan Bournemouth

PEMAIN Liverpool, Christian Benteke (kanan) berjaya memperdaya penjaga gol AFC Bournemouth, Artur Boruc (kiri) untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan Liga Perdana Inggeris, di Anfield awal pagi tadi. Liverpool menang 1-0. - Foto REUTERS

LIVERPOOL: Christian Benteke meledak jaringan sulungnya bersama Liverpool untuk menewaskan pasukan yang baharu bertandang ke Liga Perdana Inggeris, Bournemouth 1-0, awal pagi tadi dengan aksi diselubungi dua keputusan pengadil yang kontroversi.

Benteke meledak selepas mendapat hantaran lintang pada minit ke-26 dengan jaringan itu dipertikaikan selepas Philippe Coutinho dikatakan sudah offside terlebih dahulu sebelum menghantar bola lintang itu.

Benteke dibawa ke Anfield dari Aston Villa bagi menambah kekuatan di barisan serangan nyata memberi sengatan kepada skuad baharunya itu dan nyaris menambah gol kedua pada minit ke-90 apabila ledakannya terkena palang gol.

"Ia nyata aksi yang baik untuk saya dan pasukan. Ia satu perasaan yang hebat, yang penting adalah keyakinan," katanya.

Bagi Bournemouth pula ia kekalahan kedua untuk permulaan musim ini, namun berpeluang mendapatkan jaringan menerusi Tommy Elphick tetapi dia dikatakan mengasari pertahanan Liverpool, Dejan Lovren terlebih dahulu sebelum menanduk masuk bola ke jaring.

"Bagi saya ia adalah satu jaringan," kata Pengurus Bournemouth, Eddie Howe. - AFP

Berita Harian X