Isnin, 3 Ogos 2015 | 8:36pm
N'Golo Kante
N'Golo Kante

EPL: Leicester ikat Kante daripada kelab Perancis

LONDON: Leicester City mengikat pemain pasukan Caen dari liga Perancis, N'Golo Kante, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.

Kante, 24, dari Perancis berketurunan Mali adalah adalah sebahagian daripada pemain yang berjaya membantu kelab itu menyertai Ligue 1 pada musim 2013-2014.

Dia adalah pemain keempat yang diikat oleh pengurus baharu, Claudio Ranieri, yang kembali ke EPL, 11 tahun selepas dipecat sebagai pengurus Chelsea.

Menurut Laman web Leicester (www.lcfc.com), Kante mengikat kontrak selama empat tahun, namun tidak menyatakan jumlahnya. - REUTERS

Berita Harian X