Ahad, 26 Julai 2015 | 8:49am

Arsenal ledak 6 gol ke atas Lyon

LONDON: Arsenal memulakan aksi bergaya apabila meledak empat gol untuk tempoh sembilan minit dalam kemenangan 6-0 ke atas kelab Perancis, Lyon bagi merebut Piala Emirates, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu nyata mendominasi permainan separuh masa pertama dalam aksi pertamanya musim ini dalam kejohanan yang disertai empat kelab di Stadium Emirates.

Olivier Giroud membuka tirai jaringan sebelum Alex Oxlade-Chamberlain meledak untuk gol kedua serta keunggulan Alex Iwobi dan Aaron Ramsey untuk melengkapkan empat gol dalam masa sembilan minit.

Pada babak kedua pula, Mesut Ozil dan Santi Cazorla menambah keperitan Lyon sekali gus menunjukkan Arsenal semakin kental untuk musim baharu ini untuk West Ham dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris, dua minggu lagi. - AFP

Berita Harian X