Sabtu, 11 Julai 2015 | 10:51am

Wimbledon: Federer mara ke final jumpa Djokovic

ROGER Federer membalas pukulan Andy Murry pada perlawanan peringkat separuh akhir Kejohanan Wimbledon, awal pagi tadi. - Foto AP
ROGER Federer membalas pukulan Andy Murry pada perlawanan peringkat separuh akhir Kejohanan Wimbledon, awal pagi tadi. - Foto AP

LONDON: Roger Federer menundukkan Andy Murray, 7-5, 7-5, 6-4 , awal pagi, tadi (waktu Malaysia) untuk mara ke final ke-10 buat dirinya pada Kejohanan Wimbledon.

Kemenangan di separuh akhir itu membolehkan bekas juara sebanyak tujuh kali ini bertemu penyandang juara, Novak Djokovic esok.

Federer, 33, adalah pemain paling tua yang layak ke final sejak Ken Rosewall pada 1974 yang ketika itu berusia 39 tahun. - AP

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR

Lelaki

Novak Djokovic (1), Serbia, mln Richard Gasquet (21), Perancis 7-6 (2), 6-4, 6-4

Roger Federer (2), Switzerland, mln Andy Murray (3), Britain, 7-5, 7-5, 6-4.

Wanita

Martina Hingis, Switzerland, dan Sania Mirza (1), India, mn Raquel Kops-Jones, dan Abigail Spears (5), Amierika Syarikat (AS), 6-1, 6-2.

Ekaterina Makarova, Russia, dan Elena Vesnina (2), Russia, mn Timea Babos, Hungary, dan Kristina Mladenovic (4), Perancis 6-3, 4-6, 6-4.

Beregu Campuran

Leander Paes, India, dan Martina Hingis (7), Switzerland, mn Mike Bryan, AS dan

Bethanie Mattek-Sands (1), As 6-3, 6-4. - AGENSI

Berita Harian X