Selasa, 23 Jun 2015 | 2:05pm

EPL: Penantian Wenger berakhir

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger. - Foto AFP
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger. - Foto AFP

LONDON: Penantian selama dua tahun Arsene Wenger untuk mendapatkan penjaga gol Chelsea, Petr Cech, berakhir apabila pemain itu bakal berpindah ke Arsenal pada minggu ini.

Susulan perbincangan berterusan antara kelab The Gunners dan The Blues, kelab dari Utara London ini kini yakin untuk mengikat sasaran utama mereka itu untuk tempoh tiga tahun, dengan penjaga gol berkenaan menerima gaji 100,000 pound seminggu.

Tiada pengesahan rasmi dari kedua pihak serta wakil Cech semalam, namun Sportsmail difahamkan Arsenal akan melengkapkan formaliti perpindahan sebelum meneruskan usaha itu dalam beberapa hari ini. - DAILYMAIL

Berita Harian X