Ahad, 22 March 2015 | 1:28am
PENYERANG Arsenal, Olivier Giroud tengah ketika meraikan gol keduanya bersama rakan sepasukan ketika menentang Newcastle United dalam aksi liga. - Foto EPA
PENYERANG Arsenal, Olivier Giroud tengah ketika meraikan gol keduanya bersama rakan sepasukan ketika menentang Newcastle United dalam aksi liga. - Foto EPA

EPL: Arsenal cipta kemenangan, Kane selamatkan Tottenham

LONDON: Gol Olivier Giroud yang kedua-duanya dijaringkan pada babak pertama membantu Arsenal membenam Newcastle United 2-1 di laman lawan sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Kedua-dua gol Giroud dijaringkan menerusi gerakan bola mati bermula daripada sepakan percuma Santi Cazorla pada minit ke-24 selepas Danny Welbeck dikasari.

Penyerang kebangsaan Perancis itu kemudian meledak gol keduanya juga menerusi tandukan dengan tidak mensia-siakan sepakan sudut Cazorla pada minit ke-28.

Keputusan kekal sehingga berakhir babak pertama dan ketika Arsenal dijangka terus menguasai permainan, Newcastle tampil lebih bertenaga pada babak kedua.

Tindakan itu berhasil apabila Moussa Sissoko meledak jaringan empat minit memasuki babak kedua dan sekalipun Newcastle terus memberi tekanan, segala cubaan gagal menewaskan David Ospina.

Dalam pada itu, penyerang Harry Kane meledak hatrik pertamanya di pentas EPL ketika membantu Spurs bangkit mencatat kemenangan 4-3 ke atas Leicester di White Hart Lane.

Pada perlawanan itu, Spurs terpaksa menukar penjaga gol utamanya, Hugo Lloris selepas empat minit perlawanan bermula akibat kecederaan sebelum membuka tirai jaringan seawal minit keenam.

Kane sekali lagi meledak gol selepas rembatannya terbias pada minit ke-13 namun Leicester merapatkan jurang menerusi gol Jamie Vardy tujuh minit sebelum perlawanan berakhir.

Kapten pelawat, Wes Morgan kemudian menyamakan kedudukan buat Spurs menerusi tandukan pada minit ke-50 sebelum Kane meledak hatriknya menerusi penalti pada minit ke-64.

Ketika permainan tambak seimbang, jaringan sendiri Jeffrey Schlupp pada minit ke-85 mengesahkan kemenangan Spurs dengan jaringan Nugent pada minit ke-90 gagal membantu Leicester.

Berita Harian X