Khamis, 5 March 2015 | 8:35am

EPL: 5 pasukan teratas catat kemenangan

PEMAIN Chelsea, Diego Costa diasak pemain West Ham, Carl Jenkinson pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Upton Park, London awal pagi tadi. Chelsea menang 1-0. - Foto Reuters
PEMAIN Chelsea, Diego Costa diasak pemain West Ham, Carl Jenkinson pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Upton Park, London awal pagi tadi. Chelsea menang 1-0. - Foto Reuters

LONDON: Chelsea mengharungi antara ujian paling getir dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila mengalahkan West Ham 1-0 di tempat lawan untuk kekal mendahului dengan lima mata pada malam di mana semua lima pasukan teratas menang.

Eden Hazard menanduk masuk gol kemenangan Chelsea pada separuh masa pertama di Upton Park ketika pasukan pendahulu liga itu memburu trofi kedua musim ini selepas memenangi Piala Liga pada Ahad lalu.

PEMAIN tengah Manchester City, David Silva meraikan jaringannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. Man City 2, Leicester 0. - Foto Reuters

Pasukan di tempat kedua, Manchester City terus mengekori Chelsea dengan menewaskan Leicester 2-0 menerusi jaringan David Silva dan James Milner biarpun juara bertahan itu mempamerkan persembahan hambar tanpa aksi kapten Vincent Kompany.

Di belakang dua pasukan teratas itu, saingan untuk dua tempat kelayakan Liga Juara-Juara kekal sengit selepas kemenangan oleh Arsenal, Manchester United dan Liverpool, serta pasukan di tempat ketujuh, Tottenham Hotspur.

PEMAIN Manchester United, Ashley Young menjerit kegembiraan selepas berjaya meledak gol pada minit akhir perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United di St James Park, Newcastle awal pagi tadi. Man United menang 1-0. - Foto EPA

United terpaksa menunggu hingga akhir permainan untuk mengatasi Newcastle apabila Ashley Young memanfaatkan kesilapan penjaga gol, Tim Krul untuk menjaringkan gol pada minit ke-89 bagi kemenangan 1-0.

United kekal satu mata di belakang pasukan tempat ketiga, Arsenal yang menewaskan Queens Park Rangers 2-1 menerusi jaringan Olivier Giroud dan Alexis Sanchez.

PENYERANG Arsenal dari Perancis, Olivier Giroud (kanan) menjerit kepuasaan meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Tomas Rosicky pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Queen's Park Rangers (QPR) di Stadium Loftus Road, London awal pagi tadi. Arsenal menang 2-1. - Foto AFP

Liverpool pula mudah menewaskan Burnley 2-0 di Anfield menerusi jaringan Jordan Henderson dan Daniel Sturridge untuk kekal tanpa kalah dalam 12 perlawanan sejak Disember dan dua mata di belakang United sebelum pertemuan sesama mereka pada 15 Mac.

PENYERANG Liverpool, Daniel Sturridge (dua dari kanan) menanduk masuk gol kedua pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Burnley di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. Liverpool menang 2-0. - Foto AFP

Spurs pula menang 3-2 ke atas Swansea untuk terus menghidupkan peluang memburu tempat dalam saingan Eropah. - AP

Berita Harian X