X
Ahad, 1 March 2015 | 10:30pm
PEMAIN tenis China, Yafan Wang beraksi menentang pemain dari Uzbekistan, Nigina Abduraimova dalam perlawanan pusingan kelayakan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW di sini, hari ini.- Foto Bernama
PEMAIN tenis China, Yafan Wang beraksi menentang pemain dari Uzbekistan, Nigina Abduraimova dalam perlawanan pusingan kelayakan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW di sini, hari ini.- Foto Bernama

Pemain Asia kuasai pusingan kelayakan tenis Terbuka Malaysia 2015

KUALA LUMPUR: Pemain kelahiran Asia menguasai hari kedua kelayakan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 di Kelab Golf Diraja Selangor di sini, hari ini.

Beraksi dalam keadaan cuaca panas, pemain China, Wang Yafan terpaksa bekerja keras pada set pertama sebelum mengalahkan pemain tinggi lampai, Nigina Abduraimova dari Uzbekistan dengan 6-4, 6-2.

"Bukan mudah menentang Abduraimova yang memiliki pukulan servis yang amat baik sekali. Bagaimanapun, selepas mendapati tenaganya mula menurun, saya mula mengambil kesempatan meningkatkan tekanan," kata Wang.

Dalam satu lagi perlawanan pusingan kelayakan, seorang lagi pemain China, Xu Yi-Fan mengambil masa lebih sejam untuk mengalahkan pemain Britain, Naomi Broady dengan 7-5 dan 6-2.

Pada pusingan seterusnya, Yi-Fan akan berdepan dengan rakan senegara, Duan Ying-Ying.

Pemain Jepun, Junri Namigata mengambil masa hampir 90 minit untuk mengalahkan pemain Ukraine, Lyudmyla Kichenok 7-6 dan 6-0, untuk bertemu pemain Thailand, Lusika Kum Khum. - Bernama

Berikut Keputusan Hari Kedua Pusingan Kelayakan:

- Elizaveta Kulichkova (RUS) mn Daria Gavrilova (RUS) 1-6, 6-3, 6-4;

- Yanfan Wang (CHN) mn Nigina Abduraimova (UZB) 6-4, 6-2;

- Yi-Fan Xu (CHN) mn Naomi Broady (GBR) 7-5, 6-2;

- Magda Linette (POL) mn Fangzhou Liu (CHN) 6-2, 6-1;

Junri Namigata (JPN) mn Lyudmyla Kichenok (UKR) 7-6 (5), 6-0;

- Yuliya Beygelzimer (UKR) mn Kai-Lin Zhang (CHN) 6-4, 7-6 (2)

Berita Harian X