Selasa, 3 Februari 2015 | 11:35pm

Liga-M 2015: Perak terima tajaan Al-Ikhsan

Pengurus Besar Al-Ikhsan, Mohd Shane Mohd Isa (tiga dari kiri) menyerahkan jersi terbaru Perak kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin sempena majlis berkenaan. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Perak menerima tajaan syarikat jenama tempatan, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan) bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2015.

Tajaan berjumlah RM300,000 itu bakal menyaksikan skuad Liga Super yang bergelar The Bos Gaurus itu memakai pakaian jenama AL membabitkan 29 jenis barangan selain menerima wang tunai jumlah RM30,000.

Tajaan itu disampaikan pada majlis pelancaran jersi Perak di Ipoh, semalam.

Berita Harian X