Sabtu, 10 Januari 2015 | 11:56pm
BINTANG tenis Switzerland dan pilihan pertama, Roger Federer menewaskan Grigor Dimitrov, hari ini untuk layak ke final Kejohanan Antarabangsa Brisbane. - Foto AP
BINTANG tenis Switzerland dan pilihan pertama, Roger Federer menewaskan Grigor Dimitrov, hari ini untuk layak ke final Kejohanan Antarabangsa Brisbane. - Foto AP

Federer dekati kemenangan ke-1,000 selepas layak ke final

BRISBANE: Bintang tenis Switzerland dan pilihan pertama, Roger Federer mendekati kemenangan ke-1,000 selepas dia menewaskan Grigor Dimitrov, hari ini untuk layak ke final Kejohanan Antarabangsa Brisbane.

Pemain berusia 33 tahun itu menewaskan lawan dari Bulgaria itu 6-2 6-2 dalam tempoh 53 minit untuk bertemu pemain Kanada, Milos Raonic, esok (Ahad).

Terdahulu, Raonic, 24, menewaskan pemain jepun, Kei Nishikori 6-7 (4-7) 7-6 (7-4) 7-6 (7-4).

Jika Federer menang gelaran ke-83 dalam kerjayanya dia akan muncul pemain ketiga selepas Jimmy Connors dan Ivan Lendl untuk mengecapi kemenangan ke-1000 dalam Jelajah ATP. - BBC Sports

Berita Harian X