Ahad, 14 Disember 2014 | 7:44am
OLIVIER Giroud (tiga dari kanan) menanduk masuk ke dalam gawang menewaskan penjaga gol Newcastle United, Jak Alnwick dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
OLIVIER Giroud (tiga dari kanan) menanduk masuk ke dalam gawang menewaskan penjaga gol Newcastle United, Jak Alnwick dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Giroud, Cazorla sumbat gol benam Magpies

PEMAIN Arsenal, Olivier Giroud (kanan) meraikan jaringan dengan Santi Cazorla pada aksi bertemu Newcastle United di Emirates awal pagi tadi. Giroud dan Cazorla masing-masing menyumbatkan dua gol untuk membantu Arsenal membenam Newcastle 4-1. - Foto REUTERS

LONDON: Olivier Giroud dan Santi Cazorla masing-masing menyumbatkan dua gol untuk membantu Arsenal membenam Newcastle 4-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Kemenangan itu mengembalikan perpaduan di Stadium Emirates selepas penyokong tidak berpuas hati ketika kelab itu tumpas di tangan Stoke minggu lalu.

Biarpun Arsenal masih terkeluar daripada kedudukan empat teratas, kemenangan keenam dalam Liga Perdana Inggeris ke atas Newcastle begitu penting apabila mempamerkan pertahanan kental dan hanya dua mata untuk menempah tiket dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Hanya ada satu Arsene Wenger dilaungkan ketika Arsenal meraih kemenangan kelima dalam enam perlawanan, prestasi yang mengetepikan persepsi bahawa krisis sedang melanda kelab yang belum meraih gelaran sejak 2004.

"Memang sama apabila anda kalah satu perlawanan, orang pertama yang akan berdepan kritikan biasanya pengurus.

"Kami adalah satu pasukan dan kami akan sentiasa bersama. Bulatkan tekad, terus bekerja keras dan memang seronok dengar penyokong memberi sokongan kepada pengurus," kata Giroud. - AP

Berita Harian X