Khamis, 20 November 2014 | 6:02pm
Penjaga gol Chelsea, Petr Cech.
Penjaga gol Chelsea, Petr Cech.

Arsenal tawar RM35 juta beli Petr Cech

LONDON: Chelsea bersetuju secara prinsip untuk menjual penjaga gol, Petr Cech kepada Arsenal.

Cech, 32, yang kini lebih banyak masa duduk di bangku simpanan sepanjang musim ini sudah dipintas penjaga gol baharu Blues, Thibaut Courtois yang kembali semula ke Stamford Bridge selepas tiga musim bersama juara La Liga, Atletico Madrid atas pinjaman.

Difahamkan Cech kurang puas hati dengan situasi bersama Chelsea dan dia berulang kali dikaitkan akan berpindah dari kelab di barat London itu.

Menurut laporan, Arsenal berminat mengikat bekas bintang kelab Rennes itu yang menyertai The Blues pada 2004.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger ghairah mahu menguatkan pintu gol pasukan pada Januari ini dan difahamkan mahu menawarkan Chelsea STG7 juta (RM35 juta) mendapatkan khidmat penjaga gol tinggi lampai itu.

Perkembangan ini harus membuat penjaga gol Gunners, Wojciech Szczesny tertekan memikirkan masa depannya. - BBC Sport

Berita Harian X