Rabu, 12 November 2014 | 3:13pm

Dua penyokong bola sepak Argentina mati ditembak

BUENOS AIRES: Dua penyokong bola sepak Argentina mati ditembak di jalanan selepas pergaduhan tercetus di antara dua kumpulan penyokong kelab divisyen empat di sini.

Menurut anggota keluarga, penyokong kelab San Telmo itu - Javier Araujo, 29, dan Daniel Sanchez, 28,- meninggal dunia kerana kecederaan akibat tembakan.

Mangsa ketiga berada di hospital selepas peluru getah itu terkena di muka, menurut pegawai kelab San Telmo.

Beberapa jiran yang melihat kejadian itu berkata kekecohan itu bermula dengan satu pergaduhan tetapi kemudian bertukar menjadi adegan tembak menembak sehingga memaksa pihak polis hadir untuk meleraikan situasi tegang itu. - AFP

Berita Harian X