Isnin, 10 November 2014 | 8:37am
PEMAIN Britain, Andy Murray (kiri) mengucapkan tahniah kepada pemain Jepun, Kei Nishikori selepas tewas 6-4 6-4 pada kejohanan Final Jelajah Dunia ATP di Arena O2, London, Britain, hari ini. - Foto EPA

Nishikori kejutkan Murray

LONDON: Kei Nishikori dari Jepun memulakan Final Jelajah Dunia ATP dengan kemenangan mengejutkan 6-4 6-4 ke atas Andy Murray dari Scotland manakala seorang lagi pemain baharu, Milos Raonic dari Kanada ditundukkan oleh jaguh Switzerland, Roger Federer.

Nishikori mengatasi pemain pilihan tempatan, Murray dengan aksi yang menarik.

Raonic, seperti Nishikori yang pertama kali melayakkan diri ke saingan terakhir ATP musim ini, memulakan saingan dengan teruk sebelum beraksi lebih baik apabila tewas 6-1 7-6 (0) kepada bekas juara enam kali, Federer.

Federer dan Nishikori akan bertemu dalam Kumpulan B esok manakala Murray dan Raonic akan berentap untuk menghidupkan peluang dalam saingan kumpulan itu. - Reuters

Berita Harian X