Selasa, 30 September 2014 | 9:54am
PEMAIN tengah Manchester City, Frank Lampard ketika sesi latihan di Stadium Etihad menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang AS Roma,, awal pagi ini. Foto EPA
PEMAIN tengah Manchester City, Frank Lampard ketika sesi latihan di Stadium Etihad menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang AS Roma,, awal pagi ini. Foto EPA

Liga Juara: Cole temu rakan lama, Lampard di Etihad

LONDON: Ashley Cole akui teruja dengan peluang tidak dijangka bertemu bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Frank Lampard ketika AS Roma membuat kunjungan ke Manchester City dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi ini.

Cole dan Lampard, masing-masing menamatkan kerjaya di Chelsea selepas dilepaskan kelab London itu, penghujung musim lalu dan adil untuk mengatakan mereka tidak pernah menjangka akan sekali lagi bertemu dalam masa terdekat.

Bekas pertahanan Arsenal, Cole memilih Itali sebagai destinasinya manakala rakan sepasukannya di England, Lampard menerima tawaran daripada kelab luar Eropah, New York City FC di Liga Major Amerika (MLS).

PERTAHANAN AS Roma, Ashley Cole ketika sesi latihan di Stadium Etihad menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City, awal pagi ini. - Foto EPA
PERTAHANAN AS Roma, Ashley Cole ketika sesi latihan di Stadium Etihad menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City, awal pagi ini. - Foto EPA

Begitupun, dengan musim baru MLS hanya bermula tahun depan, Lampard menyertai City secara pinjaman sehingga Januari depan untuk memastikannya kekal cergas menyaksikan dua rakan lama ini bertemu sesama sendiri di Eastland.

"Ia akan menjadi sesuatu yang hebat berdepan pemain seperti Joe Hart dan Lamps. Saya tidak pernah menjangkakan untuk bertemu mereka. Jika saya disenaraikan untuk bermain dan juga tersenarai, ia sesuatu yang baik," kata Cole.

"Semua orang tahu apa yang Lampard beri kepada setiap pasukan, dia mempunyai pengalaman yang hebat dan mampu menjaringkan gol.

"Saya tidak fikir Chelsea melakukan kesilapan (melepaskan kami), keputusannya sudah dibuat dan saya tidak merasa apa-apa. Saya mengharungi lapan tahun di sana dan saya amat gembira dengan cabaran baru," katanya.

Menariknya, Cole dan Lampard nampak mudah menyesuaikan diri bersama kelab baru mereka selepas meninggalkan Stamford Bridge.

Cole, 33 sudah beraksi dalam kesebelasan utama dalam empat daripada lima perlawanan Roma musim ini dalam kempen Serie A termasuk ketika menang 2-0 ke atas Verona.

Lampard pula bukan saja sudah meledakkan empat gol sepanjang minggu lalu saja, namun turut menyelamatkan City daripada dimalukan Chelsea dengan meledak gol penyamaan menentang kelab lamanya itu.

Dalam pada itu, Cole menegaskan City diletakkan sebagai pilihan selepas kekalahan skuad bimbingan Manuel Pellegrini itu kepada Bayern Munich pada aksi pembukaan Kumpulan E.

Roma dalam pada itu menang besar 5-1 menentang CSKA Moscow.

"Ada banyak tekanan di City, tidak begitu banyak kepada kami namun kami mengetahui mereka mempunyai pemain yang hebat dan terdesak untuk memenangi Liga Juara." - AFP

Berita Harian X