Sabtu, 16 Ogos 2014 | 10:00pm
AKSI penyerang Manchester United, Wayne Rooney (tengah) melakukan libasan ke gawang Swansea City pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester, malam ini. Manchester United tewas 1-2. - Foto Reuters
AKSI penyerang Manchester United, Wayne Rooney (tengah) melakukan libasan ke gawang Swansea City pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester, malam ini. Manchester United tewas 1-2. - Foto Reuters

EPL: Igauan musim lalu berulang, United tumbang di Old Trafford

MANCHESTER: Manchester United seakan belum melupakan aib yang dicipta musim lalu apabila tumbang 1-2 kepada Swansea di laman sendiri, Old Trafford pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Selepas mencatat kempen pramusim cemerlang, United yang dibimbing jurulatih baru, Louis van Gaal ketinggalan 1-0 berakhir babak pertama menerusi Ki Sung-yueng yang meledak gol pembukaan pada minit ke-28.

Sekalipun berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi kapten, Wayne Rooney yang meledak gol cantik pada minit ke-52, tiada yang mampu dilakukan ketika Swansea meledak gol kedua menerusi Gylfi Sigurosson pada minit ke-72.

Kemenangan Swansea dikemudi pengurus muda, Garry Monk turut mencipta sejarah kelab dari Wales itu mencatat kemenangan pertama perlawanan liga di laman keramat United itu.

Selain itu, gol Sung-yueng yang juga pemain Korea Selatan turut mencipta sejarah baru apabila menjadi pemain Asia pertama meledak gol pembukaan musim EPL.

Keputusan: Manchester United 1 Swansea 2

Gol: Manchester United (Wayne Rooney, m52)

Swansea (Ki Sung-yueng m28, Gylfi Sigurosson, m72).

Berita Harian X