Khamis, 28 Ogos 2014 | 8:16am
PENYERANG Arsenal, Alexis Sanchez (kanan) hampir membolosi gawang Besiktas yang berjaya diselamatkan penjaga golnya dalam aksi kelayakan pusingan pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AF
PENYERANG Arsenal, Alexis Sanchez (kanan) hampir membolosi gawang Besiktas yang berjaya diselamatkan penjaga golnya dalam aksi kelayakan pusingan pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AF
PERANCANG Arsenal, Mesut Ozil (tengah) diapit bemain Besiktas dalam aksi kelayakan pusingan pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AF
PERANCANG Arsenal, Mesut Ozil (tengah) diapit bemain Besiktas dalam aksi kelayakan pusingan pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto AF

Arsenal layak Liga Juara-Juara, Bilbao kejutkan Napoli

PARIS: Jaringan tunggal bintang Chile, Alexis Sanchez sudah memadai untuk Arsenal layak ke pusingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas menang tipis 1-0 ke atas kelab Turki, Besiktas di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Anak didik Arsene Wenger berjaya melepasi halangan ini dengan beraksi berbekal 10 pemain - seperti pada perlawanan pertama - apabila Mathieu Debuchy dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada babak kedua.

Arsenal layak atas kemenangan agregat 1-0 selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam perlawanan play-off pertama.

Sementara itu, wakil Sepanyol, Athletic Bilbao turut mara selepas bangkit untuk menewaskan Napoli 3-1 untuk layak 4-2 atas agregat.

KEPUTUSAN

Play-off perlawanan kedua Liga Juara-Juara

Arsenal (England) 1, Besiktas (Turki) 0, Arsenal layak agregat 1-0

Athletic Bilbao (Sepanyol) 3, Napoli (Itali) 1, Athletic Bilbao layak agregat 4-2

Bayer Leverkusen (Jerman) 4, FC Copenhagen (Denmark) 0,

Bayer Leverkusen layak agregat 7-2

Ludogorets (Bulgaria) 1, Steaua Bucharest (Romania) 0; 1-1 agregat

Ludogorets layak penalti 6-5

Malmo (Sweden) 3, Salzburg (Austria) 0, Malmo layak agregat 4-2

Berita Harian X