Rabu, 31 Mei 2017 | 3:14pm
MESIN rumput yang di ubah suai sebagai alat pemotong antara peralatan yang digunakan
MESIN rumput yang di ubah suai sebagai alat pemotong antara peralatan yang digunakan

Curi kabel elektrik guna mesin rumput

KABEL elektrik yang dipercayai milik SESB yang dicuri di bekas tapak bangunan restoran yang sudah dirobohkan di Anjung Perdana, Pantai Tanjung Aru 1, pada awal pagi Isnin lalu.
KABEL elektrik yang dipercayai milik SESB yang dicuri di bekas tapak bangunan restoran yang sudah dirobohkan di Anjung Perdana, Pantai Tanjung Aru 1, pada awal pagi Isnin lalu.

KOTA KINABALU: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita kerana disyaki mencuri kabel elektrik di bekas tapak bangunan yang sudah dirobohkan di Anjung Perdana, Pantai Tanjung Aru 1, di sini pada awal pagi Isnin lalu.

Kabel elektrik yang dipercayai milik SESB yang dicuri di bekas tapak bangunan restoran yang sudah dirobohkan di Anjung Perdana, Pantai Tanjung Aru 1, pada awal pagi Isnin lalu.

Suspek berumur antara 25 hingga 34 tahun itu ditahan polis di lokasi kejadian hasil maklumat awam, kira-kira jam 6 pagi.

Difahamkan, suspek terbabit memotong kabel elektrik yang dipercayai milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menggunakan mesin rumput yang telah diubahsuai.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata anggota polis yang sedang membuat tugas ronda cegah jenayah bermotosikal tiba di tempat kejadian sejurus mendapat maklumat.

"Ketika tiba di lokasi, didapati tiga lelaki sedang memasukkan wayar ke dalam but kereta. Suspek yang menyedari kehadiran polis cuba untuk beredar dari tempat kejadian bagaimanapun berjaya ditahan pengadu yang juga pengawal sebuah kondominium di kawasan berhampiran.

"Pemeriksaan lanjut mendapati ada satu kabel sepanjang 4.34 meter yang telah siap dipotong dalam bonet kenderaan yang dinaiki tiga suspek lelaki manakala seorang lagi perempuan yang juga pemandu.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku kabel itu diambil dari bawah tanah. Semua suspek dan kereta serta barang rampasan dibawa ke balai untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataannya di sini.

Katanya antara barang yang dirampas ialah sebuah mesin pemotong rumput yang diubahsuai untuk memotong wayar kabel, sebuah kereta jenis Toyota Vios, satu batang tombak, satu cangkul kecil, satu tukul besi dan satu gergaji pemotong besi.

Berita Harian X