Rabu, 26 April 2017 | 7:10pm

Bekas pembantu menteri meninggal dunia

ALLAHYARHAM Datuk Mohd Yusof Amat Jamlee.
ALLAHYARHAM Datuk Mohd Yusof Amat Jamlee.

LAHAD DATU: Bekas Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Mohd Yusof Amat Jamlee meninggal dunia akibat angin ahmar, tengah hari tadi.

Allahyarham berusia 76 tahun yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu meninggal dunia jam 1.40 tengah hari di kediaman anak sulungnya, Saloma di Taman Aman Jaya, di sini.

Saloma berkata, Allahyarham yang sudah lama sakit sebelum ini pernah menerima rawatan selama dua bulan di Hospital KPJ Kota Kinabalu sebelum dibawa balik ke Lahad Datu kira-kira 10 bulan lalu.

Katanya, jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Masjid Tuan Guru Haji Muda di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Bikang, pagi esok.

Allahyarham meninggalkan empat balu dan 18 anak.

Berita Harian X