Khamis, 2 March 2017 | 3:10pm
Hospital Duchess Of Kent Sandakan.
Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Suami maut, isteri parah 2 motosikal bertembung

BELURAN: Seorang lelaki maut, manakala isterinya cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lagi motosikal di jalan Kampung Melapi, dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 47 tahun bersama isterinya, 43, dikatakan dalam perjalanan ke kedai berhampiran untuk membeli barang.

Bagaimanapun, tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah bertentangan masuk ke laluan kiri sebelum bertembung dengan motosikal yang dinaiki mangsa menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat kedederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Beluran, V Shivananthan, berkata mangsa yang maut dibawa ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat, manakala isterinya dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Katanya, suspek berusia 26 tahun ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan awal dan ujian saringan mendapati suspek ketika kejadian mabuk," katanya di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X