Jumaat, 25 November 2016 | 7:09pm

38 PATI ditahan, 24 enjin pam dirampas

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan dalam Ops Gasak 8 yang diselaraskan ESSCOM di Lahad Datu. - Foto Ihsan ESSCOM
SEBAHAGIAN PATI yang ditahan dalam Ops Gasak 8 yang diselaraskan ESSCOM di Lahad Datu. - Foto Ihsan ESSCOM

LAHAD DATU: Seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Gasak 8 yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di kawasan Bakapit dan Merabung, dekat sini, semalam.

Operasi bermula jam 2 pagi membabitkan pelbagai agensi itu dijalankan di empat kampung atas air iaitu Teba Batang, Takun, Pantai Manis dan Bakapit.

Komander ESSCOM, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata seramai 250 orang diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 38 ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002).

"Mereka dibawa ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Tawau untuk dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal.

"Pasukan keselamatan turut merampas 24 enjin pam dan 2 bot pam dengan siasatan dijalankan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1960.

"Semua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Berita Harian X