Jumaat, 25 November 2016 | 9:33am
Kemalangan yang mengakibatkan seorang pegawai Pusat Zakat Sabah meninggal dunia di Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, malam tadi. - Foto ihsan IPD Kota Kinabalu

Pegawai pusat zakat maut kemalangan

Kemalangan yang mengakibatkan seorang pegawai Pusat Zakat Sabah meninggal dunia di Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, malam tadi. - Foto ihsan IPD Kota Kinabalu
Kemalangan yang mengakibatkan seorang pegawai Pusat Zakat Sabah meninggal dunia di Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, malam tadi. - Foto ihsan IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang pegawai Pusat Zakat Sabah maut, manakala seorang anggota polis parah dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Tun Fuad Stephens, berhampiran Anjung Selera, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, Jaludin Dullah, 36, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi KTM Adventure 1050, meninggal dunia di lokasi, manakala anggota polis terbabit yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 parah dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH2).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata kejadian berlaku ketika dua mangsa terbabit dalam perjalanan ke arah bulatan Yayasan Sabah dari bandar raya menggunakan laluan sama.

"Bagaimanapun, setibanya di lokasi, dua motosikal itu berlanggar mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh.

"Berikutan itu, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa iaitu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah parah," katanya di sini, hari ini.

Chandra berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan meminta orang awam yang menyaksikan kejadian itu tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ngang Ak Kalimpot di talian 017-8693045. 

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Berita Harian X