Sabtu, 5 November 2016 | 6:53pm

Penunggang maut motosikal langgar pokok

PENUNGGANG motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen, berhadapan Lembaga Pelabuhan Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.
PENUNGGANG motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen, berhadapan Lembaga Pelabuhan Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah apabila motosikal ditunggang mereka melanggar sebatang pokok di Jalan Tun Fuad Stephen, berhadapan Lembaga Pelabuhan Sabah, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.46 tengah hari, Saddam Husin, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya, Anisah Ramli, 34, parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2). 

Difahamkan, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan dari arah pusat bandar ke Sepanggar.

POLIS trafik melakukan pemeriksaan di lokasi kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen, berhadapan Lembaga Pelabuhan Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.
POLIS trafik melakukan pemeriksaan di lokasi kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen, berhadapan Lembaga Pelabuhan Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata siasatan awal mendapati ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang Saddam hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh sebatang pokok.

"Saddam meninggal dunia di lokasi manakala pembonceng parah dan kini menerima rawatan di QEH2," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X