Rabu, 22 Jun 2016 | 2:08pm
ANGGOTA bomba membawa lelaki warga emas yang ditemui selepas hilang semalaman di hutan di Bintangor.
ANGGOTA bomba membawa lelaki warga emas yang ditemui selepas hilang semalaman di hutan di Bintangor.

Lelaki tua hilang semalaman ditemui selamat

ANGGOTA bomba membawa lelaki warga emas yang ditemui selepas hilang semalaman di hutan di Bintangor.
ANGGOTA bomba membawa lelaki warga emas yang ditemui selepas hilang semalaman di hutan di Bintangor.

BINTANGOR: Lelaki warga tua yang hilang ketika mencari rotan di hutan berdekatan kediamannya petang semalam, ditemui selamat pagi tadi.

Mangsa, Unat Kachang, 76, ditemui anaknya yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat menjejaki bapanya sejak malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata mangsa ditemui dalam keadaan lemah kira-kira satu kilometer dari pos kawalan pasukan mencari dan menyelamat pada jam 8.36 pagi tadi.

"Selepas berjaya dibawa keluar, mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya.

Berita Harian X