Sabtu, 16 April 2016 | 2:56pm
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau pagi tadi. - Foto JBPM
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau pagi tadi. - Foto JBPM

1 maut, 2 cedera dalam nahas di Kimanis

Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau pagi tadi. - Foto JBPM
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau pagi tadi. - Foto JBPM

PAPAR: Seorang wanita maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kimanis-Keningau di sini, apabila kereta dinaikinya dipercayai terbabas, pagi tadi.

Nida Fathin Ajis, 30, dilaporkan meninggal dunia akibat cedera parah, manakala suaminya yang memandu, Abdullah Shamsul Mokti, 30, bersama seorang kanak-kanak berusia setahun cedera.

Nahas kira-kira jam 10.45 pagi berlaku berhampiran Kampung Penampang Baru, Kimanis, dekat sini.

Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Khatizah Rahaban, berkata bomba tiba di lokasi kejadian jam 11.10 pagi tadi selepas menerima panggilan pada jam 10.53 pagi.

"Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Honda City yang terbabas.

"Nahas membabitkan tiga mangsa dan seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan. Dua mangsa lagi cedera dan dihantar ke hospital," katanya.

Berita Harian X