Jumaat, 4 March 2016 | 7:28pm

Warga emas sesat semalaman ditemui

DALAT: Seorang lelaki warga emas yang sesat di hutan berdekatan kebunnya di Kampung Balan sejak tengah hari semalam, ditemui selamat pagi tadi.

Frederick Charles, 74, ditemui oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan bantuan penduduk kampung pada jam 8.50 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata operasi mencari dilakukan sejak semalam di sekitar hutan berdekatan kebun mangsa selain sungai berhampiran.

"Pencarian sehingga petang semalam gagal menemui mangsa dan apabila operasi diteruskan pagi ini, mangsa ditemui kira-kira lima kilometer dari kebunnya.

"Ketika ditemui, mangsa keletihan dan kelaparan tetapi stabil," katanya.

Berita Harian X