Selasa, 7 Februari 2017 | 9:14pm
KENDERAAN yang menuju ke Johor Bahru melalui Lebuhraya Pasir Gudang terkandas selepas jalan dinaiki air banjir mengakibatkan berlaku kesesakan lalu lintas. - Foto Viral Media Sosial
KENDERAAN yang menuju ke Johor Bahru melalui Lebuhraya Pasir Gudang terkandas selepas jalan dinaiki air banjir mengakibatkan berlaku kesesakan lalu lintas. - Foto Viral Media Sosial
KEADAAN banjir kilat yang berlaku di laluan lebuhraya Pasir Gudang berhampiran susur naik ke Taman Rinting. - Foto BERNAMA
KEADAAN banjir kilat yang berlaku di laluan lebuhraya Pasir Gudang berhampiran susur naik ke Taman Rinting. - Foto BERNAMA

Pasir Gudang dilanda banjir kilat

PASIR GUDANG: Hujan lebat lebih sejam sejak kira-kira jam 4 petang tadi menyebabkan Kampung Sungai Rinting, dekat sini dilanda banjir kilat.

Bagaimanapun, tiada penduduk dipindahkan tetapi pasukan keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut menjalankan pemantauan.

Hujan lebat turut menyebabkan ratusan kenderaan terperangkap apabila Jalan Masai-Taman Rinting, dekat sini dinaiki air antara kira-kira 0.5 hingga satu meter.

Pegawai APM Johor Bahru, Leftenan (PA) Mohd Aziz Jupri, berkata hujan lebat menyebabkan laluan dinaiki air, sekali gus ramai pemandu berhenti berikutan bimbang dengan keselamatan.

"Walaupun air mulai surut, aliran trafik perlahan menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

"APM Daerah Johor Bahru menjalankan pemantauan berterusan berikutan faktor cuaca tidak menentu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berita Harian X