Ahad, 26 Jun 2016 | 6:01pm

702 barangan tiruan guna logo JDT dirampas

MOHAMAD Mokhtar (tiga dari kanan) memeriksa barangan tiruan dengan logo jenama Johor Darul Ta'zim (JDT) Southern Tigers yang dirampas di sebuah pusat membeli belah di Tebrau Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin
MOHAMAD Mokhtar (tiga dari kanan) memeriksa barangan tiruan dengan logo jenama Johor Darul Ta'zim (JDT) Southern Tigers yang dirampas di sebuah pusat membeli belah di Tebrau Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Sebanyak 702 barangan tiruan dengan logo jenama Johor Darul Ta'zim (JDT) Southern Tigers bernilai lebih RM6,000 dirampas dalam satu serbuan di sebuah pasar raya dekat Tebrau di sini, Khamis lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Mohamad Mokhtar Yeop, berkata serbuan kira-kira jam 1.10 tengah hari itu dilakukan empat anggota penguatkuasa bersama empat anggota polis.

Katanya, serbuan dilakukan hasil pemantauan dan risikan selama seminggu yang dibuat pihak pengadu bagi jenama barangan JDT Southern Tigers.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis itu menjual jersi, jaket, tuala, seluar trek dan pakaian kanak-kanak yang menggunakan logo jenama JDT Southern Tigers yang disyaki tiruan.

"Semua 702 unit barangan yang dianggarkan bernilai RM6,393 disita mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita Harian X