Selasa, 30 Mei 2017 | 9:05pm
AHMAD Razif menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis Berbuka Puasa DUN Seberang Takir di Dataran Permata, Kampung Baru, Seberang Takir. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
AHMAD Razif menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis Berbuka Puasa DUN Seberang Takir di Dataran Permata, Kampung Baru, Seberang Takir. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
SEBAHAGIAN daripada 300 anak yatim dan penduduk DUN Seberang Takir menunggu waktu berbuka pada Majlis Berbuka Puasa DUN Seberang Takir di Dataran Permata, Kampung Baru, Seberang Takir. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

5,000 warga Seberang Takir berbuka puasa bersama MB

KUALA NERUS: Seramai 5,000 orang 'menyerbu' Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang dianjurkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Razif dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria turut meraikan dan memberi sumbangan kepada 300 anak-anak yatim dari sekitar kawasan ini.

Turut hadir barisan kepimpinan kerajaan negeri dan anggota keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dan beberapa agensi kerajaan lain.

Ahmad Razif turut meluangkan masa bersalaman dengan jemputan sebelum menunaikan solat Maghrib.

Berita Harian X