Ahad, 17 Julai 2016 | 12:54pm

Budak 6 tahun ditemui lemas

MAYAT mangsa lemas, Muhammad Eiffat Amsyar Mat Jusoh diusung ke ke bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) untuk dibedah siasat selepas ditemui dalam keadaan terapung dan lengkap berpakaian kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Pulau Pisang, di sini, petang semalam ditemui lemas pagi ini.

Mayat Muhammad Eiffat Amsyar Mat Jusoh ditemui kira-kira jam 9.30 pagi tadi, selepas sepasukan anggota bomba dan penyelamat menyambung pencarian pada jam 6.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Wan Zaini Bidin, ketika dihubungi berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira tiga jam selepas operasi pencarian diteruskan.

"Kita menemui mangsa dalam keadaan terapung dan lengkap berpakaian kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa," katanya.

Dalam kejadian jam 3.45 petang semalam, mangsa dikatakan bermain di tepi tebing sungai berkenaan bersama rakannya sebelum tergelincir ke dalam sungai dan hanyut dibawa arus.

Berita Harian X