Selasa, 14 Jun 2016 | 10:35pm

Raja Muda berbuka, Tarawih di AMBS

DULI Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail (kanan) bersalaman dengan anak-anak di Majlis Kurnian Hari Raya dan Berbuka Puasa di Masjid Bandar Al-Muktafi Billah Shah. - Foto Aswadi Alias

DUNGUN: Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan mencemar duli Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), petang tadi.

Tengku Muhammad Ismail tiba, kira-kira jam 6.30 petang dengan diiringi Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Luar Bandar, Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud, Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam dan Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mat Yassim Awang.

Seramai 500 penduduk menyambut ketibaan Tengku Muhammad yang kemudian menyampaikan sumbangan hari raya kepada kanak-kanak miskin.

Pada majlis itu, Tengku Muhammad Ismail turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin, ibu tunggal, dan mualaf.

Tengku Muhammad Ismail kemudiannya berbuka puasa bersama penduduk sebelum menunaikan solat Tarawih.

Berita Harian X