Jumaat, 10 Jun 2016 | 9:32am

Remaja maut motosikal rempuh pembahagi jalan

KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pembahagi jalan di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, dekat Kampung Jambu Merah di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, Che Mohamad Syzrul Che Ismail, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, berkata mangsa yang dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Kota Bharu dipercayai hilang kawalan motosikal yang ditungganginya sebelum merempuh pembahagi jalan.

"Berikutan rempuhan kuat itu, mangsa tercampak dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah termasuk retak di kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Baharom berkata, pemeriksaan mendapati motosikal ditunggangi mangsa sudah diubah suai.

Berita Harian X