Ahad, 9 Oktober 2016 | 3:41pm

9,451 calon duduki UPKK di Negeri Sembilan esok

BANDAR SERI JEMPOL: Seramai 9,451 calon di seluruh negeri ini akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bermula esok.

Penolong Pengarah Unit Kelas Asas Fardu Ain (KAFA)/ Sekolah Agama Rakyat (SAR), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Shafie Shaari, berkata pelajar terbabit adalah dari 283 buah sekolah.

Beliau berkata, bilangan calon menurun sebanyak 176 orang, berbanding 9,627 pada tahun lalu.

"Sebanyak 254 pusat peperiksaan dibuka dengan 575 pengawas peperiksaan ditugaskan memastikan peperiksaan itu berjalan lancar.

"Kita menetapkan sasaran seramai 2,040 calon mendapat keputusan 8A tahun ini, berbanding 1,943 pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak lima peratus," katanya di sini, hari ini.

Shafie berkata, semua persiapan sudah dibuat bagi memastikan peperiksaan berkenaan berjalan tanpa menghadapi sebarang masalah.

Berita Harian X