Khamis, 8 September 2016 | 12:03pm

26 penagih ditahan dalam Ops Sepayang

ROMPIN: Seramai 26 penagih dadah berusia 20 hingga 47 tahun ditahan dalam Ops Sepayang selama empat jam oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang di sekitar daerah ini, awal pagi ini.

Operasi  bermula jam 2 pagi itu diketuai Pengarah AADK negeri, Abdul Ghani Abdul Rahman bersama 35 pegawai dan anggota dengan tumpuan pemeriksaan serta serbuan di tujuh lokasi.

Abdul Ghani berkata, gerakan dilakukan di kawasan Kampung Sempayang, Kampung Janglau, Kampung Selendang, Kampung Jawa, Kampung Sebak, Kampung Perepat dan Leban Condong.

"Hasil pemeriksaan, kami menahan 26 suspek dengan 22 daripada mereka akan dihantar ke pusat pemulihan dadah untuk rawatan pemulihan. Selebihnya diserahkan kepada polis dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)," katanya.

Berita Harian X