Isnin, 29 Ogos 2016 | 6:43pm

Gangguan sementara bekalan air di Shah Alam, Petaling Jaya

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Shah Alam dan Petaling Jaya sedang mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan paip utama pecah di belakang Kilang Carlsberg, Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kerja membaiki paip pecah sedang giat dijalankan ketika ini dan bekalan air di kawasan terbabit dijangka pulih pada jam 12 tengah hari Rabu ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, antara kawasan terbabit gangguan bekalan air ialah di Klang dan Shah Alam adalah Seksyen 21, Seksyen 22, Seksyen 25, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Kampung Kebun Bunga, Kampung Baru Hicom, Subang Mas Batu 3, Batu 3 Shah Alam, Bukit Kemuning, Bukit Naga, Kampung Lombong serta Jalan Kebun.

Ia termasuk UEP dan USJ Subang, Seksyen 32, Seksyen 33, Putra Heights, Kampung Bukit Lanchong, Kampung Jawa, Bandar Putera, Taman Sentosa, Taman Maznah, Taman Samarind, Taman Batu 3, Taman Desa Latania, Taman Desa Kemuning serta Jalan Mohd Sidin.

Gangguan bekalan air turut dialami di Petaling iaitu USJ 1 hingga USJ 27, Pinggiran USJ 1 hingga Pinggiran USJ 3, TP 1 hingga TP 7 (Taman Perindustrian UEP), Subang Heights, USJ Heights dan USJ 3A hingga USJ 3D.

Katanya, bekalan air di semua kawasan terbabit akan pulih selepas kerja pembaikan paip siap dijalankan sepenuhnya, malah pengguna dijangka menerima air secara berperingkat.

Orang ramai ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status terkini kerja pembaikan paip air utama boleh menggunakan aplikasi mySYABAS dan melayari laman sesawang www.syabas.com.my.

Berita Harian X