Sabtu, 30 Julai 2016 | 10:04pm

Warga SK Seri Pristana, penduduk meriahkan sambutan Aidilfitri

TETAMU menjamu selera pada majlis sambutan Hari Raya 'Jalinan Kasih Aidilfitri' di pekarangan Laman Ilmu, SK Seri Pristana, Sungai Buloh, malam ini.
TETAMU menjamu selera pada majlis sambutan Hari Raya 'Jalinan Kasih Aidilfitri' di pekarangan Laman Ilmu, SK Seri Pristana, Sungai Buloh, malam ini.

KUALA SELANGOR: Majlis Sambutan Hari Raya 'Jalinan Kasih Aidilfitri' di pekarangan Laman Ilmu, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, di sini, malam ini, disambut meriah dengan kehadiran lebih 2,000 penduduk.

Majlis yang dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Saujana Utama itu bertujuan merapatkan ukhuwah dari segi jaringan di antara pihak sekolah, ibu bapa, murid serta rakan strategik sekolah.

Guru besar SK Seri Pristana, Zazaluma Harun, berkata perjumpaan itu sekali gus menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati, selain memupuk nilai murni dalam kalangan Ahli Jawatankuasa PIBG dan warga penduduk Pristana dan Saujana Utama menerusi kegiatan yang dijalankan.

"Saya amat berpuas hati dengan komitmen warga sekolah ini, PIBG dan MPP selaku tuan rumah dalam menjayakan majlis ini. Majlis ini akan diteruskan kerana ia dilihat sebagai medium berkesan memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan semua pihak yang terbabit," katanya.

Pada majlis itu, selain dihidangkan dengan pelbagai menu menyelerakan, pengunjung dihiburkan dengan segmen 'Sampaikan Aidilfitri' dan persembahan nyanyian sebelum diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

MURID menunjuk bakat terpendam menerusi persembahan karaoke.
MURID menunjuk bakat terpendam menerusi persembahan karaoke.

Berita Harian X