X
Jumaat, 29 Julai 2016 | 3:19pm
KHAMLIZAH Mohd Noor melambai tangan ketika meninggalkan pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, hari ini.
KHAMLIZAH Mohd Noor melambai tangan ketika meninggalkan pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, hari ini.

Persaraan guru pendidikan khas dirai

KHAMLIZAH Mohd Noor bersalaman dengan murid-murid ketika meninggalkan pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, hari ini.
KHAMLIZAH Mohd Noor bersalaman dengan murid-murid ketika meninggalkan pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, hari ini.

KUALA SELANGOR: Selepas 31 tahun menabur bakti dalam dunia perguruan, Khamlizah Mohd Noor, 55, diraikan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, hari ini, dengan berarak keluar pagar sekolah sambil bersalaman dengan murid sebagai simbolik persaraan wajib beliau.

Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKi) itu diraikan pada majlis dinamakan `Bakti Disanjung Budi Dijunjung' di Dewan Komuniti Ultras sekolah berkenaan, yang turut dihadiri Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor, Bahagian Pendidikan Khas dan Swasta, Zulkiflee Ismail serta Guru Besar SK Seri Pristana, Zazaluma Harun.

Sebelum meninggalkan pekarangan sekolah, Khamlizah menasihatkan murid agar tidak mensia-siakan peluang menuntut ilmu di sekolah kerana ia amat penting dalam persediaan menuju kejayaan.

"Jika nak berjaya, kita perlu berubah demi diri sendiri bukannya demi orang lain. Kita perlu sedar bahawa kelak kitalah pewaris dalam memimpin," katanya.

Berita Harian X