Ahad, 15 Mei 2016 | 9:58am
Warga SKSP dan ibu bapa yang menyertai Gotong-Royong Perdana pagi ini.
Warga SKSP dan ibu bapa yang menyertai Gotong-Royong Perdana pagi ini.

SK Seri Pristana terap budaya bersih, cantik, ceria

Zazaluma menyertai acara menebang pokok sawit sebagai simbolik bermula Gotong-Royong Perdana SKSP.
Zazaluma menyertai acara menebang pokok sawit sebagai simbolik bermula Gotong-Royong Perdana SKSP.

KUALA SELANGOR: Selaras usaha menjadikan budaya bersih, cantik dan ceria sebagai budaya sekolah, lebih 500 guru dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana menyertai Gotong-Royong Perdana SKSP, di sini, pagi ini.

Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKSP sesi 2016/2018 itu turut disertai wakil Majlis Daerah Kuala Selangor, Tentera Udara Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor serta pasukan bomba dan penyelamat.

Guru Besar SKSP, Zazaluma Harun, berkata program itu diharap dapat mewujudkan kelas Abad Ke-21 yang akan memberi manfaat untuk semua murid dan warga sekolah.

Ibu dan bapa membersihkan kelas di SKSP.
Ibu dan bapa membersihkan kelas di SKSP.

Katanya, dengan sokongan ibu bapa dan semua pihak, impian untuk menjadikan setiap kelas sebagai kelas Abad Ke-21 diharap dapat direalisasikan.

"Pada program pagi ini, kami bergotong-royong membersihkan kelas, longkang, kawasan padang sekolah dan menebang pokok sawit, selain mengadakan pemeriksaan kesihatan.

"Harapan pihak sekolah agar kawasan sekolah bebas daripada ancaman haiwan berbisa dan tempat pembiakan nyamuk," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Program setengah hari itu dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk Zon 8 Saujana Utama, Khairul Annuar Jalaluddin.

Berita Harian X