Jumaat, 22 April 2016 | 12:39am

Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam, Kuala Langat pada 30 April

KUALA LUMPUR: Pengguna di beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 30 April kerana kerja-kerja penggantian untuk menaiktaraf kelengkapan bagi menambahbaik sistem agihan air.

Mengikut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada Khamis, kerja-kerja penggantian akan dijalankan dari 4 pagi hingga 8 malam.

"Bekalan air dijangka pulih dalam tempoh 12 hingga 72 jam bergantung kepada jarak premis dari kolam takungan air," kata kenyataan itu.

Sebanyak 54 kawasan di Klang dan Shah Alam yang terbabit termasuk Sobena Jaya, Pandamaran; Taman Radzi/Telok Gadong Besar; Telok Gadong Besar; Telok Gadong Kecik; Persiaran Raja Muda Musa; Kg Raja Uda; Teluk Gedung Indah Flats; rumah teres Teluk Gedung Indah B; kawasan perumahan Taman Berembang; Flat Pandamaran Indah dan kawasan perumahan Pendamar Indah.

Jalan Tengku Badar; Jalan Kastam/Jalan Sg Keladi; Jalan Kem; Jalan Raya Barat; Taman Selatan; Taman Petaling Indah; Taman Palm Grove; Taman Chi Liung; Taman Gembira; Taman Sri Andalas; Taman Melawis; Bukit Tinggi 1 dan Bukit Tinggi 2; Bandar Botanik; Ambang Botanik; Bayu Emas dan Bandar Parkland.

Ia juga membabitkan Glenmarie Cove; Bandar Puteri; Bandar Putera 2; Taman Bayu Perdana; Taman Rakyat Andalas; Taman Andalas Permai, Bandar Bestari Jaya; Jalan Seri Sarawak 14 to 21 Taman Seri Andalas; Taman Sentosa; Taman Klang Jaya; Taman Desawan; sebahagian Jalan Johan Setia; Bayu Tinggi; Pandamaran, Kampung Pendamar; Glenn Cruise; Westport; Kota Pendamar; Taman Teluk Gedung Indah; Pulau Ketam; Pulau Indah Fasa 1; Pulau Indah Fasa 2; Kg Pulau Indah; Laguna Park; Kg Telok Gong; Taman Armada Putera dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Sebelas kawasan di Kuala Langat yang terlibat ialah Batu 7 Sejangkang, Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Taman Desa Sijangkang, Taman Riveria Perdana, Taman Permai Sijangkang, Taman Sijangkang Indah, Taman Medan Indah, Taman Perwira, Taman Sijangkang Jaya dan Taman Sri Medan.

Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air yang mencukupi semasa tempoh gangguan bekalan air sementara ini, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Harian X