Ahad, 27 March 2016 | 3:49pm
PENGURUS Pemasaran Pengguna Milo Nestle (Malaysia) Berhad, April Wong (kiri) bersama Pengurus Kesihatan Korporat, Nestle (Malaysia) Berhad, Cher Siew Wei (dua dari kanan) menunjukkan susunan piramid makanan kepada adik Muhamad Rizqi Khalish Mohd Fakhiruddin, 1 tahun 8 bulan pada program Milo Malaysia Breakfast Day di Melaka. - Foto Rasul Azli Samad

Lebih 1,500 meriahkan 'Hari Sarapan Malaysia MILO'

MELAKA: Siri jelajah pertama kempen 'Hari Sarapan Malaysia MILO' di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, di sini, awal pagi tadi, menarik penyertaan lebih 1,500 pengunjung.

Pengurus Pemasaran Pengguna MILO, Nestle Malaysia Berhad, April Wong, berkata kempen julung kali diadakan di Melaka itu bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan mengambil sarapan terbaik sepanjang hari.

"Sebanyak 80 peratus tenaga badan manusia hilang ketika tidur. Maka, sarapan berkhasiat sangat penting bagi membekalkan tenaga mencukupi untuk memaksimumkan prestasi.

"Melaka dipilih kerana kami ingin menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia, seterusnya mengambil peluang mendekati pelanggan yang menyokong kami selama ini," katanya ketika ditemui, pagi tadi.

Kempen sarapan bertemakan 'Miliki Harimu' itu bermula jam 7 pagi hingga jam 11 pagi. Penganjuran kali keempat 'Hari Sarapan Malaysia MILO' di bawah Nestle Malaysia Berhad itu bertujuan mendedahkan masyarakat mengenai kebaikan sarapan.

Antara pengisian program ialah permainan, makanan berkhasiat percuma, pemeriksaan Indeks Jisim Badan (BMI), tarian zumba dan cabutan bertuah.

Tujuh lokasi dipilih bagi menjayakan kempen Hari Sarapan Malaysia dengan sasaran 50,000 pengunjung bermula dari Melaka (27 Mac), Kuantan (10 April), Kota Kinabalu (17 April), Johor (23 April), Pulau Pinang (15 Mei), Kuching (22 Mei) dan Putrajaya, 29 Mei.

Berita Harian X