Sabtu, 19 March 2016 | 4:07pm

300 penunggang sertai konvoi Ducati

SEBERANG JAYA: Seramai 150 penunggang menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi anjuran Ducati Desmo Owner Club Malaysia (DOCM) dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, tengah hari tadi.

Pengerusi DOCM, Mohd Nageb Abdul Majid, berkata konvoi itu diadakan sempena pelancaran kelab rasmi bagi pemilik motosikal jenama berkenaan di negara ini.

"Kami merancang untuk menghimpunkan pemilik motosikal Ducati di seluruh Malaysia bagi melakukan pelbagai aktiviti bersama, termasuk untuk tujuan kebajikan.

"Konvoi hari ini juga bertujuan mengutip sumbangan bagi seorang ahli kelab yang lumpuh akibat kemalangan baru-baru ini," katanya ketika ditemui, semalam.

Konvoi terbabit turut disertai empat penunggang wanita dengan Dzayla Zaid, 38, bertindak sebagai marshal yang memastikan keselamatan peserta lain.

Berita Harian X