Selasa, 15 March 2016 | 12:32am

Sepang, Kuala Langat alami gangguan bekalan air malam ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kawasan di Sepang dan 19 kawasan di Kuala Langat, Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula 9 malam tadi hingga 9 pagi esok (15 Mac).

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan di sini berkata ia berikutan kerja pembaikan paip sepanjang Sepang ke Kuala Langat.

Kawasan yang terbabit di Sepang ialah Taman Sri Bayu; Sungai Belangkan; Bagan Lalang; Pengkalan Manggis; Bukit Bangkong; Ulu Chuchoh; Taman Telok Merbau; Gold Coast; Sungai Rawang dan Tanjung Rhu.

Kawasan Kuala Langat pula Tanjung Sepat New Village; Kampung Tanjung Sepat Darat; Kampung Orang Asli Tanjung Sepat; Berek Polis Tanjung Sepat; Kampung Tanjung Layang; Kampung Tumbok Darat; Kampung Ladang Batu Untong; Kampung Kundang; Kampung Batu Laut; Kampung Tali Ayer.

Selain itu, Kampung Endah; Kanchong Laut; Taman Batu Untong; Taman Pelangi; Taman Tanjung; Taman Mutiara; Tongkah; Taman Seri Bayu dan Taman Seri Desa di Kuala Langat turut terjejas.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh memuat turun aplikasi mySYABAS melalui Google Playstore dan AppStore atau melayari www.syabas.com.my, Facebook SYABAS 'puspel' atau Twitter SYABAS 'puspel syabas'. - BERNAMA

Berita Harian X