Ahad, 7 Februari 2016 | 7:35am

Anggota FRU maut motosikal terbabas

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 9.2 Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) di sini, malam tadi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, berkata Koperal R Ramaru, 49, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

"Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan ke pusat bandar sebelum motosikalnya terbabas dalam kejadian pada jam 8.22 malam.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Berita Harian X