Rabu, 3 Februari 2016 | 12:01pm

Diskaun 10 peratus tol di lebuh raya DUKE

KUALA LUMPUR: Pemegang konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), Kosortium Lebuhraya Utara Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI) menawarkan diskaun 10 peratus sepanjang Tahun Baharu Cina ini.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, diskaun berkenaan berkuat kuasa pada jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam pada 8 Februari ini.

Ia adalah penghargaan kepada pengguna lebuh raya berkenaan sejak beroperasi pada 2009, selain usaha memeriahkan perayaan Tahun Baharu Cina.

Berita Harian X