Khamis, 21 Januari 2016 | 3:48pm

Perompak pecah ATM larikan RM284,000

KEADAAN mesin juruwang automatik (ATM) yang dirosakkan penjenayah.
KEADAAN mesin juruwang automatik (ATM) yang dirosakkan penjenayah.

BANDAR BARU NILAI: Empat lelaki bersenjatakan parang melarikan RM284,000 selepas merosakkan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata dalam kejadian jam 4.25 pagi itu, kumpulan suspek yang masuk melalui pintu kecemasan sebelum itu menahan seorang pengawal keselamatan di belakang bangunan berkenaan dan mengikatnya.

"Dua lagi pengawal yang berada di bahagian hadapan pasar raya dipercayai tidak menyedari kejadian itu.

"Suspek kemudian menggunakan alat pengimpal dan tabung gas 'oxy-acetylene' untuk membuka pintu dua mesin ATM dan mengeluarkan peti masing-masing mengandungi wang tunai RM 70,000 dan RM 214,000," katanya di sini, hari ini.

Katanya, suspek dipercayai mengambil masa lebih sejam melakukan perbuatan itu dan pihaknya masih menyiasat lanjut termasuk mengenal pasti identiti kumpulan terbabit.

Berita Harian X